Wednesday 30 September 2015


PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG TAHUN 2015.SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI TELAH DIPILIH MEWAKILI PERTANDINGAN PUSAT SUMBER CEMERLANG KEBANGSAAN MEWAKILI NEGERI WP LABUAN UNTUK KATEGORI SEKOLAH RENDAH

KURSUS DAN BENGKEL KEPIMPINAN BEKAL PENGETUA DAN GURU BESAR ZON BORNEO.SABAH,SARAWAK DAN WP LABUAN.2014


Laporan Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang
Peringkat Kebangsaan 2014.

Pada 17 dan 18 Jun 2014 telah berlangsungnya Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2014 di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan. Penilaian tersebut telah berjalan selama dua hari dan sebanyak dua buah sekolah yang terlibat iaitu wakil sekolah rendah, SK Rancha-Rancha and SMK Labuan bagi wakil sekolah menengah. Seramai dua orang pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah iaitu Encik Suhailee Hj. Ahmad dan Encik Bong Koi Sin telah diberi kepercayaan untuk menjadi juri bagi penilaian tersebut.

Antara kriteria penilaian adalah termasuk dari segi sistem pusat sumber sekolah, ruang ilmu yang ditempatkan di sekitar sekolah, jumlah dan jenis bahan bacaan yang disediakan serta kreativiti dalam mencantikkan sudut ilmu secara keseluruhannya. Selain dari itu, penglibatan murid dan guru dalam membudayakan amalan membaca juga merupakan elemen penting dalam permarkahan penilaian pusat sumber cemerlang sekolah itu. Secara amnya, terdapat tujuh bahagian yang dititik beratkan dalam permarkahan iaitu Bahagian A (Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan), Bahagian B (Pengurusan dan Pengelolaan PSS), Bahagian C (Penggunaan PSS), Bahagian D (Program Galakan Membaca- NILAM), Bahagian E (Literasi Maklumat), Bahagian F (Program Peningkatan PSS) dan Bahagian G (Kriteria Khusus).
Lawatan ke sekolah bagi penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang itu telah diiringi oleh salah seorang pegawai BTPN Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Encik Ardain Abdullah yang ditugaskan untuk mengambil gambar untuk bahan pendokumentasian pihak BTPN WPL sendiri.



Laporan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
Tahun 2014.
Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan telah dijalankan bermula dari tarikh 14 Mac hingga 16 Mac 2014 iaitu selama tiga hari dua malam bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (BTPN WPL). Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Mistirine Bt. Radin.
Program ini dianjurkan untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti membaca serta memantapkan Program NILAM di sekolah-sekolah. Di samping untuk menampilkan murid dan pelajar sekolah yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti, melalui program Tokoh NILAM ini juga ianya diharapkan mampu melahirkan belia yang bukan sahaja berpengetahuan malah berwibawa, dan mempunyai sikap seorang pelajar yang bertanggungjawab serta bijak menguruskan diri.
Seramai 44 orang peserta dari peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai aktiviti ini, iaitu murid dan pelajar dari 14 buah sekolah rendah dan lapan buah sekolah menengah. Aktiviti tersebut telah dijayakan oleh seramai 26 orang Guru Pusat Sumber yang juga bertindak sebagai ahli jawatankuasa bagi program ini, seorang juruteknik (SK Pekan Satu) dan beberapa pegawai dan staf dari BTPN WPL sendiri.
Program Anugerah Tokoh Nilam ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kategori Bahasa Melayu dan Kategori Bahasa Inggeris masing-masing sekolah rendah dan menengah. Terdapat 14 orang peserta bagi setiap Kategori Bahasa Melayu dan Inggeris untuk sekolah rendah, manakala lapan orang peserta bagi setiap dua kategori untuk sekolah menengah. Penilaian telah diambil kira dari aktiviti penulisan dan temuduga bagi kedua-dua kategori bahasa. Permarkahan sampingan juga dinilai melalui pelbagai aspek iaitu dari penampilan diri hinggalah ke perwatakan seorang pelajar yang berdisiplin ketika program berlangsung.

Berikut merupakan jadual senarai pemenang bagi Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2014.

Kedudukan
Bahasa Melayu
(Sekolah Rendah)

Bahasa Inggeris
(Sekolah Rendah)
Pertama
Muhammad Danial B. Muhammad Safree

(SK Kerupang)

Marvin Hing Majin

(SK St. Anne)
Kedua
Manisha Vanida Bt. Mohd Sham

(SK Rancha-Rancha)

Athirah Atiqah Jamudin

(SK Kerupang)
Ketiga
Nurizzaty Atirah Bt. A. Rahim

(SK St. Anne)

Amirasuhaila Bt. Tajudin

(SK Pekan Satu)

Bahasa Melayu
(Sekolah Menengah)

Bahasa Inggeris
(Sekolah Menengah)
Pertama
Mohd. Redzwan Abdul Majid
(SM Sains)
Grace Liew Hui Ling
(SM Sains)
Kedua
Angelin Lee Chai Siah
(SMK Labuan)
Dhivyia Sriram
(SM St. Anne)
Ketiga
Afirah Bt. Badjury
(SMK T.P. Bedaun)
Delia Michelle Ak Duty
(SMK Pantai)

Jadual 1.1: Senarai nama pemenang Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2014.

Para pemenang bagi Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid dan pelajar yang telah berjaya menjalankan Program NILAM dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan seterusnya mampu mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke peringkat Kebangsaan. Secara keseluruhannya, melalui program ini juga diharapkan dapat memberi galakan dan contoh kepada murid dan pelajar yang lain di sekolah untuk menanamkan dan menyemarakkan tabiat membaca dan seterusnya menjadi insan yang berpengetahuan luas.