Monday 23 October 2017

Projek Tablet Sekolah

Projek Tablet Sekolah

Projek Tablet Kementerian Pelajaran Malaysia
 Pemberian komputer tablet yang dilengkapi perisian akhbar pendidikan Tutor dan e-paper Utusan Malaysia oleh Kerajaan  kepada para guru yang merupakan satu revolusi kecil dalam dunia pendidikan yang diharap memberi manfaat jangka panjang. Pemberian gajet adalah diharapkan dapat memberi manfaat kepada para guru dalam menjalankan tugasan mendidik di abad ke-21, di samping memperoleh berita terkini yang tepat. “Tutor Guru” ialah inovasi dibuat oleh Utusan Malaysia untuk membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Perisian E-paper membolehkan guru mendapat maklumat terkini dan tepat memandangkan sekarang banyak blog boleh dilayari untuk mendapatkan berita terkini tetapi tidak semesti tepat apa yang disiarkan. Penyediaan gajet berkenaan mampu memberi impak yang besar proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang akan melonjakkan proses pengajran dan pembelajaran tersebut kepada satu tahap yang lebih tinggi selain membolehkan konsep pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kemudahan tablet ini akan dapat membantu para guru menyampaikan kandungan pendidikan dengan nilai yang lebih krea­tif selari dengan tahap pemikiran golongan pelajar yang disebut sebagai kelompok digital native. Kemudahan tabet ini, ia adalah revolusi kecil dalam bidang pendidikan negara, yang diharpkan akan  menjadi langkah yang sangat bermakna bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

No comments:

Post a Comment