NEGARAKU
Monday, 23 October 2017
Projek Tablet Sekolah
Projek Tablet Sekolah
Projek Tablet Kementerian Pelajaran Malaysia
Pemberian
komputer tablet yang dilengkapi perisian akhbar pendidikan Tutor dan
e-paper Utusan Malaysia oleh Kerajaan kepada para guru yang merupakan
satu revolusi kecil dalam dunia pendidikan yang diharap memberi manfaat
jangka panjang. Pemberian gajet adalah diharapkan dapat memberi manfaat
kepada para guru dalam menjalankan tugasan mendidik di abad ke-21, di
samping memperoleh berita terkini yang tepat. “Tutor Guru” ialah inovasi
dibuat oleh Utusan Malaysia untuk membantu guru-guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Perisian E-paper membolehkan guru mendapat
maklumat terkini dan tepat memandangkan sekarang banyak blog boleh
dilayari untuk mendapatkan berita terkini tetapi tidak semesti tepat apa
yang disiarkan. Penyediaan gajet berkenaan mampu memberi impak yang
besar proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang akan melonjakkan
proses pengajran dan pembelajaran tersebut kepada satu tahap yang lebih
tinggi selain membolehkan konsep pembelajaran berlaku di mana-mana
sahaja dan pada bila-bila masa. Kemudahan tablet ini akan dapat membantu
para guru menyampaikan kandungan pendidikan dengan nilai yang lebih
kreatif selari dengan tahap pemikiran golongan pelajar yang disebut
sebagai kelompok digital native. Kemudahan tabet ini, ia adalah revolusi
kecil dalam bidang pendidikan negara, yang diharpkan akan menjadi
langkah yang sangat bermakna bagi membantu meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Subscribe to:
Posts (Atom)