::: KAMPUS ASTRO DAN PDP 21 :::

Image result for kampus astro bersama komuniti sekolah
Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Rendah WP Labuan
Tuan,
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah di rujuk.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 30 Mac 2016 bagi pelaksanaan program KABKS.
3. Ini adalah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah Yayasan Kasih Astro untuk menyokong matlamat dan usaha KPM ke arah pembelajaran secara holistik kepada murid-murid seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.
4. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Kasih Astro akan membekalkan perkhidmatan Program KABKS seperti di bawah:
4.1 Pemasangan baharu di sekolah yang masih belum dipasang KABKS sejak tahun 2008.
4.1.1 Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi pemasangan baharu terdiri daripada:
i. TV
ii. Set dekoder (DMT)
iii. Kad pintar  (Smart Card)
iv. Out Door Unit (ODU)
4.1.2  Pemasangan baharu KABKS dilaksanakan oleh pembekal yang dilantik oleh pihak Yayasan Kasih Astro bermula 15 Jun hingga 22 Julai 2016.
4.1.3 Pihak sekolah perlu menyediakan keperluan seperti berikut:
i. Sebuah meja bersain 37" (T) x 33" (L) x 24" (P)
ii. 1 unit AC (power point) untuk sambungan ke perkakasan
iii. Langkah-langkah keselamatan bagi memastikan set peralatan yang diberikan terjamin keselamatannya serta memudahkan penjagaannya
iv. Lokasi/ ruang/ bilik yang selamat dan terkawal bagi pemasangan
v. Lokasi pemasangan yang Out Door Unit (ODU) yang sesuai dengan mengambil kira aspek keselamatan warga sekolah seperti:
- di bumbung bangunan
- sekurang-kurangnya ditingkat dua
- kawasan selamat yang dipersetujui antara pihak sekolah dengan pihak KABKS
4.2 Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang KABKS sejak tahun 2008.
4.2.1 Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi penyelenggaraan (jika rosak) terdiri daripada:
i. Set dekoder (DMT)
ii. Kad pintar (Smart Card)
iii. Out Door Unit (ODU)
5. Untuk makluman pihak tuan, KABKS mengandungi 17 saluran pendidikan dan informasi. Kos pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih dekoder dan yuran bulanan adalah PERCUMA.
6. Sila muat turun Instrumen Pemantauan Pemasangan Baharu KABKS/ Instrumen Pemantauan Penyelenggaraan KABKS dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Instrumen yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada pegawai PKG kelompok masing-masing sewaktu kerja-kerja pemasangan/ penyelenggaraan dilaksanakan di sekolah tuan.
7. Senarai nama sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program KABKS ini boleh diakses melalui url http://www.moe.edu.my/btp/2
8. Maklumat lanjut mengenai KAKBS ini boleh diakses melalui url http://www.astro.com.my/kampusastro

 
3 KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUSAI PELAJAR ABAD KE 21
Corak pembelajaran bagi bilik darjah untuk abad ke 21, ternyata dah berubah seiring dengan peredaran zaman. Dengan teknologi moden yang semakin berkembang, ternyata kemahiran yang diperlukan pelajar abad ke 21 ini juga jauh berbeza berbanding pelajar abad ke 20 suatu ketika dahulu. Jom kita tengok 3 kemahiran penting yang diperlukan oleh pelajar untuk abad ke 21 ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnRof1ot_cLquyt5qvM2Kj-f8WujgdRSFBcN-p4Ic6eDkQNp423WSuGIURkehdiaOoAggTJJjB4EukkRW1D65GyFrvwUctTdoHEXJkSDHU3k40SyzWShGR-Rv5n6HUwelQ67Ksq1arqZxr/s1600/Pelajar+abad+ke+21.jpg

  1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi
Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.


2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua.


3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras masing-masing.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG9AF-AYlt7dTSv_2AwW0wNcKEJDzuTkXCTv6MrOLvz8UH2jglMhZxIrlNQg_KXeBIEk9NjrFYBb8XPGvGQM-QcDeYWXenKUL___t7ILnbSPmQ8h2jebEGdqjnQueSrYEyUu2OAlf1_FDz/s1600/pelajar+abad+ke+21+yang+yakin.jpg
 
Pelajar mempunyai akauntabiliti yang tinggi, boleh diharapkan dan dapat beradaptasi dengan persekitaran dan rakan sekelas lain. Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan penuh prihatin.