Laporan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Wilayah
Persekutuan Labuan
Tahun 2014.
Anugerah Tokoh NILAM
Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan telah dijalankan bermula dari tarikh 14
Mac hingga 16 Mac 2014 iaitu selama tiga hari dua malam bertempat di Bahagian
Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (BTPN WPL). Program tersebut
telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan,
Puan Mistirine Bt. Radin.
Program ini dianjurkan
untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti membaca serta memantapkan Program NILAM di
sekolah-sekolah. Di samping untuk menampilkan murid dan pelajar sekolah yang
mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti, melalui program Tokoh NILAM ini juga
ianya diharapkan mampu melahirkan belia yang bukan sahaja berpengetahuan malah
berwibawa, dan mempunyai sikap seorang pelajar yang bertanggungjawab serta bijak
menguruskan diri.
Seramai 44 orang
peserta dari peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah Wilayah Persekutuan
Labuan telah menyertai aktiviti ini, iaitu murid dan pelajar dari 14 buah
sekolah rendah dan lapan buah sekolah menengah. Aktiviti tersebut telah
dijayakan oleh seramai 26 orang Guru Pusat Sumber yang juga bertindak sebagai
ahli jawatankuasa bagi program ini, seorang juruteknik (SK Pekan Satu) dan
beberapa pegawai dan staf dari BTPN WPL sendiri.
Program Anugerah Tokoh
Nilam ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kategori Bahasa Melayu dan
Kategori Bahasa Inggeris masing-masing sekolah rendah dan menengah. Terdapat 14
orang peserta bagi setiap Kategori Bahasa Melayu dan Inggeris untuk sekolah
rendah, manakala lapan orang peserta bagi setiap dua kategori untuk sekolah
menengah. Penilaian telah diambil kira dari aktiviti penulisan dan temuduga
bagi kedua-dua kategori bahasa. Permarkahan sampingan juga dinilai melalui
pelbagai aspek iaitu dari penampilan diri hinggalah ke perwatakan seorang
pelajar yang berdisiplin ketika program berlangsung.
Berikut merupakan jadual senarai pemenang bagi Anugerah
Tokoh NILAM Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2014.
Kedudukan
|
Bahasa Melayu
(Sekolah Rendah)
|
Bahasa Inggeris
(Sekolah Rendah)
|
Pertama
|
Muhammad
Danial B. Muhammad Safree
(SK Kerupang)
|
Marvin
Hing Majin
(SK St. Anne)
|
Kedua
|
Manisha
Vanida Bt. Mohd Sham
(SK Rancha-Rancha)
|
Athirah
Atiqah Jamudin
(SK Kerupang)
|
Ketiga
|
Nurizzaty
Atirah Bt. A. Rahim
(SK St. Anne)
|
Amirasuhaila
Bt. Tajudin
(SK Pekan Satu)
|
|
Bahasa Melayu
(Sekolah Menengah)
|
Bahasa Inggeris
(Sekolah Menengah)
|
Pertama
|
Mohd. Redzwan Abdul Majid
(SM Sains)
|
Grace Liew Hui Ling
(SM Sains)
|
Kedua
|
Angelin Lee Chai Siah
(SMK
Labuan)
|
Dhivyia Sriram
(SM St.
Anne)
|
Ketiga
|
Afirah Bt. Badjury
(SMK T.P.
Bedaun)
|
Delia Michelle Ak Duty
(SMK
Pantai)
|
Jadual
1.1: Senarai nama pemenang Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Wilayah
Persekutuan Labuan Tahun 2014.
No comments:
Post a Comment